BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday 22 February 2012

Perdana Menteri Merasmikan Mesyuarat Agung Kelab Kebajikan dan Pendidikan Al-Wardah Di Chini Timur


PEKAN – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meminta peneroka Felda supaya jangan percaya dengan hasutan pihak pembangkang kononnya cadangan kerajaan menyenaraikan Felda Global Ventures Holdings (FGVH) diBursa Malaysia akan merugikan para peneroka tanah rancangan itu.
Perdana Menteri berkata para peneroka tidak perlu berasa bimbang dan jangan percaya dengan hasutan pihak pembangkang yang mengatakan 
bahawa penyenaraian itu akan merugikan mereka.
“Jangan bimbang kerana ia tidak merugikan tetapi memberi keuntungan besar kepada penduduk Felda.
“Itu semua hasutan dan mainan politik… mereka (pembangkang) gusar kita mampu buat macam-macam sebab ia akan dapat sambutan masyarakat Felda,” katanya ketika merasmikan Mesyuarat Agung Kelab Kebajikan dan Pendidikan Al-Wardah Pahang diFelda Chini Timur di sini, hari ini.
Najib berkata sebaliknya penyenaraian FGVH merupakan satu lagi bukti bahawa kerajaan sentiasa membela kebajikan peneroka Felda selain pemberian pelbagai bonus dan insentif lain seperti duit raya, pinjaman membesarkan rumah dan sebagainya.
Beliau mengulangi jaminan bahawa semua peneroka Felda di seluruh negara bakal menikmati durian runtuh selepas penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia pada pertengahan tahun ini.
“Seperti yang saya cakap dalam Bajet 2012 lepas, peneroka Felda akan mendapat durian runtuh.
“Saya akan umumkan banyak mana seorang dapat hasil daripada penyenaraian itu pada masa yang sesuai dan ia mungkin melebihi RM500,” katanya.
Dalam pada itu, Najib yang juga Anggota Parlimen Pekan turut berkongsi dua petua dalam membentuk dan memajukan sesebuah pertubuhan atau kelab kebajikan sekaligus menampilkan imejnya di mata masyarakat.
Katanya sesebuah pertubuhan itu mesti memiliki seorang ketua atau pemimpin yang mempunyai hati yang ikhlas, jujur, berdedikasi dan tidak mementingkan diri sendiri.
“Ramuan kedua yang perlu ada ialah ahli-ahli kelab juga perlu mempunyai sifat sebagaimana ketua mereka selain berdisiplin, komited, setia pada pemimpin dan matlamat kelab,” katanya. – BERNAMA


Kenali Chini Yang Tercinta..

Chini
Chini terdiri daripada beberapa kawasan iaitu Salong, Mambang, Paloh Hinai, Felda Chini Timur 1, Felda Chini Timur 2, Felda Chini Timur 3 & 4, Kg Dusun, Felda Chini 2, Felda Chini 1 & 4, Felda Chini 3 & 5 dan Terpai.
Taburan Penduduk
Kawasan
Penduduk
Chini
34,031
Laporan pada Tahun 2005
Daripada kawasan yang terdapat di Chini itu, ia dipecahkan lagi kepada beberapa kawasan perkampungan iaitu Felda Chini Timur Satu, Felda Chini Timur 2, Felda Chini 1, Felda Chini 2, Felda Chini 3, Felda Chini 4, Felda Chini 5, Kuala Mentiga, Paloh Hinai, Tanjung Lepar, Salong, Mambang, Bandar Chini, Felda Chini Timur 3, Kg Dusun, Kg Gumum, Kg Beluka Nangka, Kg Terlang, Sri Mayang, Batu Balik / Air Hitam, Felda Chini 1 Wawasan Kg Arong, Felda Chini 3 Berkat, Perumahan Dara Chini, Kg Tanah Merah, Felda Seri Gemilang Chini 2, Felda Chini 04 Cahaya Muhibbah, Kg Bedaling, Felda Chini Timur Cemerlang dan Felda Chini 5 Jaya.
Sosial Ekonomi.
Aktiviti Ekonomi yang dijalankan dalam Dun Chini adalah dari sektor Penanaman Kelapa Sawit dan Getah serta Perniagaan. Ini akan menjana pendapatan bagi isi rumah.

Tuesday 21 February 2012

Bermulanya sebuah blog untuk Felda Chini Timur yang saya cintai..

Hari ini tanggal 22/02/2012 bersamaan dengan hari Rabu saya telah berjaya membina sebuah blog tribute untuk kampung saya Chini Timur, InsyaAllah kalau di beri kelapangan saya akan cuba sedaya upaya untuk selalu update blog ini untuk bercerita mengenai Felda, Chini Timur dan saya he he. Maklumla kerja saya ni memang mengadap komputer 24 jam. So daripada tak buat apa-apa, rasanya lebih baik saya berbakti sedikit untuk bersama-sama memberi maklumat dan berkongsi cerita kepada pembaca di luar sana mengenai Felda dan Chini Timur yang saya amat cintai.....